Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

16 April 2011, Selangor 1-0 Perak



ahaks ... aku turun stadium shah alam pertamakali dalam tahun ni .. sori kengkawan tak duduk pintu 7 tadik, sibuk duk main dslr kat pintu m ... bebas ke sana ke mari nak buat sesi fotografi, konon nak celen inche ortega la .. heh heh.

catatan peribadi -

1) aku parking keta kat area yop ... tenang je xde provok ke gaduh ke walaupun fan selangor kat situ minoriti .. ramai wo mike .. jumlah nye lebih kurang sama dgn fan kelate mase sumbangseh 2011 ..

2) masuk pintu M lepas magrib dalam 8 pm, area yop nak dekat penuh ... fan selangor pulak cipuuut je ... sunyiiii ... aku rasa .. uih, game top table clash ni pon fan selangor x minat kee ...? sekali stengah jam lepas tu .. baru laa sikit sikit penuh juga ... haha

3)  walaopon fan sel & yop total lebih kurang 40k .. tapi havoc fan yop bole tahan hapenning, macam dah menang walaupun game blom setat .. dengan ultrasnya duk sekali, tak mcm ultras sel d ceruk nun ... tanak campur dgn masyarakat ke?

4)  berikut kisah-kisah bergambar diriku -

pemain Selangor - tepukan semangat.


keeper: saiful amar - meyakinkan lagi, tapi x banyak kene serang pon game ni.



gambar 1 - acong mengganas ..

gambar 2 - selepas acong mengganas, seb baik dah offside dulu so takde la foul, tapi beliau sangat kebal malam ni .. memang keles.

selepas si robot menanduk, sipi je bola tu pegi. walaupun beliau memang fail nak shoot ke, berlari ke ... namun kelebihannya tatkala bola tinggi memang menakutkan pihak lawan jugak laa .. tu yg dapat main selalu tuuu ..

si otai fotografers - ortega di tengah bersama rekannya ..

 
4 vs 4

haf time - goalless

ex-perak 2008 sedang mempanaskan diri ..

wak am memang duri dalam daging jugak la .. kelamkabut player yobs.


asra & guna ... kaki kidals mengelirukan yoeps .. jarang dua defen kiri bole main bersama-sama sekali ... malam ni thumbs up untuk korang.

safiq memang semangat ... bile nak jadi kapten selangor pulak .. ?

wak tong masuk je, yops bertambah-tambah pening ..

gambar 1 - amri ditekel & shahrulnizam kepten yop pusing kapala ..

gambar 2 - "biar aku amek .." kata waktong.

gambar 3 - freekick waktong: "zuppppp ... !"

gambar 4 - sedetik sebelum kene palang ... rugi pulak tak amik continuous shot .. huhu.



sedetik sebelum gol 1 - wak am kelamkabut kene kepong ... bola baru smpai kot, tanampak dari sini ..

sedetik sebelum gol 2 - bola ditolak lajuuu oleh wak am ... masa terhenti seketika ...

sedetik sebelum gol 3 - nanta baru sibuk nak mengejor ...

sedetik sebelum gol 4 - safiq tiba dan "taping" letop baek punya.

sedetik sebelum gol 5 - (DAH GOL PON) .. nak tercabut net tu ...haha.

sedetik sebelum gol 6 - macam nangka busuk dah nasril. player & fan selangor baru angkat tangan nak celebrate.


celebration 1 - dari kiri jidan, safiq, guna.
celebration 2 - abang rela ni fan selangor kot, senyum semacam jek.
celeration 3 - jidan bergumbira sakan.
celebration 4 -_rakan-rakan lain lambat sikit datang nak celebrate. -aku nak celebrate juga bole tak? tanya abg rela.


brader ni baru je lepas tunjuk jari hantu-hantunya (x smpat snap, so brader ni boleh nafikanlaa hoho ..) kepada yop-yop.
bebdak kecik fan selango - ada kompang2 tapi bila pukul je, takde smbutan pon hehe. hantam sajala.


dah satu kosong - MBSA ni tau nak duit sewa jek, scoreboard dah jahanam ni... xnak repair kee ... ?


ball picker boy - sponsor utama LigaM.


wisel penamat - Selangor gah di puncak Super buat masa ini... !


fan selangor "celebreting", player perak tunduk ketumporan...


abg2 rela dah macam bodygad ref.


ahaks, pakcik otai ni sedang memarahi refree sebab tak kasi penalti kepada Selangor masa last-last menet ...
Tok Midin tetap seriyes walaupun dah monang. Pasni kene selalu kasi amaran la kot, baru main OK & menang .. ahaks.



Coach deban nak gi ditemuduga oleh medias. Inche misai berbaju merah paling machos.



Stadium keramatan - tapi dah tumpor dua kali taun ni.


fan yop tak sedih pon. agaknye masih teruja 4 bijik vs rek woyer, masih segar di ingatan mike ..


selingan 1 - Akmal ex-Selangor 2007-2008.


selingan 2 - ni je gambar yang ada kat wall of fame kat stadium tuu ... yg lain kosongg jek. adakah Selangor 2011 ni mampu menjadi seperti mereka skuad 1997? (juara FA & Piala Malaysia)

Wednesday, April 13, 2011

Selangor vs Perak



6 pertemuan terakhir Selangor vs Perak:



klik sini untuk info lengkap Selangor vs Perak 1991-2010 ]









- Perak dianggap musuh tradisi baru Selangor selepas Singapura meninggalkan LigaMalaysia 1994.
- Rekod di atas membuktikan pertemuan Selangor vs Perak adalah klasik & berkelas tersendiri (berbanding pasukan-pasukan lain yang menganggap Selangor adalah musuh tradisi mereka .. kuikuikui ..).
- Pertemuan pertama Selangor vs Perak yang diketahui adalah kira-kira 90 tahun yang lampau (1921) - di mana Selangor menewaskan Perak dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Piala Malaysia Zon Utara.

1- Pertemuan pertama Selangor vs Perak di pentas finale adalah pada tahun kemerdekaan negara kita, bertarikh: 19 Oktober 1957 - Perlawanan akhir Piala HMS Malaya. -rujuk gambar di bawah-


 tulisan di atas (kalu kome tak nampok ..): 19 October 1957: Perak (left) and Selangor who met in the Malaya Cup final at the Merdeka Stadium, Kuala Lumpur. (Perak, defeated Selangor, the defending champion 3-2, for their first post-war cup victory. This match also created history in Malayan soccer, when inche Mansor bin Haji Abu Bakar, a clerk in the Penang Postal Department was chosen as a referee. He will be the first Malay to referee in a Malaya Cup final since the inception of the competition in 1921.)


2- Dua tahun kemudian, Selangor membalas dendam pada final Piala HMS Malaya 1959 dengan membenam Perak 4-0 (mcm game yop v rek woyer malam tadik .. )

3- 1960, Selangor bertemu lagi dengan Perak dalam perlawanan akhir, kali ini Piala FAM (agaknye format dia dulu mcm Piala FA sekarang, taktahu ler awok .. ), dengan Selangor membelasah lagi Perak 5-0.

4- Tahun 1961, Selangor jora lagi, Perak kalah lagi finale PM ditumporkan 2-4.

5- Tiga tahun kemudian, Perak membalas dondam ketumporan dalam FAM & PM. Perak menjulang Piala FAM 1964 dengan membuli Selangor 7-1. (rekod ni)

6&7- Kali terakhir Selangor bertemu Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia adalah 1972 (39 tahun yang lalu). Selangor 3-0 Perak. Tahun sebelumnya juga (1971) Selangor membenam Perak 3-1 untuk menjulang Piala Malaysia - perlawanan akhir ini adalah ulangan setelah mereka seri 1-1 dalam finale beberapa hari sebelumnya(sistem penalti belum mulo ..).

8- Mereka kembali bertemu dalam pentas finale 18 tahun kemudian (1990) pada perlawanan akhir sulung Piala FA. Selangor yang dibarisi pemain bintang yang telah menjulang Liga SemiPro, dengan gah mendahului 2-0 di stadium keramat mereka: Stadium Merdeka, sebelum Perak makan kue bangkit dengan 4 gol.

9- Selangor membalas dendam kekalahan ini pada FA finale tahun berikutnya (1991) dengan jaringan tunggal kapten - Ismail Ibrahim yang gagal ditepis oleh keeper yop =  (aku lupa plak namanya, tapi chinese la ..)

--- Pada Piala Malaysia 2002, Perak berpeluang untuk bertemu Selangor di finale, namun malangnya mereka tumpor kepada Sabah pada peringkat separuh akhir kedua di laman sendiri: Stadium Perak, Ipoh.
Jadi melepasss ...---

10- Akhirnya Selangor dan Perak kembali bertemu di pentas finale, 14 tahun sejak 1991 pada perlawanan akhir Piala FA 2005. Perak dengan status juara bertahan (FA 2004) menghadapi Selangor yang muncul juara LigaPerdana 2005. Selangor dengan bantuan bintang Indonesia - Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy membenam Perak 4-2 di hadapan 80 ribu penonton di Stadium Shah Alam. Seminggu selepas itu, Selangor muncul juara treble pertama Liga Malaysia dengan menjulang Piala Malaysia 2005 (memang kali terakhir Selangor julang PM, dah 5 tahun kempunan).  

11- Belum tamat epik Selangor v Perak, pada awal musim Liga Malaysia 2005/2006 - Selangor dikejutkan Perak dengan kekalahan 1-4 pada perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).

-Sekian 11 cerita pentas finale Selangor vs Perak.-

Wednesday, April 6, 2011