Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Wednesday, April 13, 2011

Selangor vs Perak



6 pertemuan terakhir Selangor vs Perak:



klik sini untuk info lengkap Selangor vs Perak 1991-2010 ]









- Perak dianggap musuh tradisi baru Selangor selepas Singapura meninggalkan LigaMalaysia 1994.
- Rekod di atas membuktikan pertemuan Selangor vs Perak adalah klasik & berkelas tersendiri (berbanding pasukan-pasukan lain yang menganggap Selangor adalah musuh tradisi mereka .. kuikuikui ..).
- Pertemuan pertama Selangor vs Perak yang diketahui adalah kira-kira 90 tahun yang lampau (1921) - di mana Selangor menewaskan Perak dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Piala Malaysia Zon Utara.

1- Pertemuan pertama Selangor vs Perak di pentas finale adalah pada tahun kemerdekaan negara kita, bertarikh: 19 Oktober 1957 - Perlawanan akhir Piala HMS Malaya. -rujuk gambar di bawah-


 tulisan di atas (kalu kome tak nampok ..): 19 October 1957: Perak (left) and Selangor who met in the Malaya Cup final at the Merdeka Stadium, Kuala Lumpur. (Perak, defeated Selangor, the defending champion 3-2, for their first post-war cup victory. This match also created history in Malayan soccer, when inche Mansor bin Haji Abu Bakar, a clerk in the Penang Postal Department was chosen as a referee. He will be the first Malay to referee in a Malaya Cup final since the inception of the competition in 1921.)


2- Dua tahun kemudian, Selangor membalas dendam pada final Piala HMS Malaya 1959 dengan membenam Perak 4-0 (mcm game yop v rek woyer malam tadik .. )

3- 1960, Selangor bertemu lagi dengan Perak dalam perlawanan akhir, kali ini Piala FAM (agaknye format dia dulu mcm Piala FA sekarang, taktahu ler awok .. ), dengan Selangor membelasah lagi Perak 5-0.

4- Tahun 1961, Selangor jora lagi, Perak kalah lagi finale PM ditumporkan 2-4.

5- Tiga tahun kemudian, Perak membalas dondam ketumporan dalam FAM & PM. Perak menjulang Piala FAM 1964 dengan membuli Selangor 7-1. (rekod ni)

6&7- Kali terakhir Selangor bertemu Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia adalah 1972 (39 tahun yang lalu). Selangor 3-0 Perak. Tahun sebelumnya juga (1971) Selangor membenam Perak 3-1 untuk menjulang Piala Malaysia - perlawanan akhir ini adalah ulangan setelah mereka seri 1-1 dalam finale beberapa hari sebelumnya(sistem penalti belum mulo ..).

8- Mereka kembali bertemu dalam pentas finale 18 tahun kemudian (1990) pada perlawanan akhir sulung Piala FA. Selangor yang dibarisi pemain bintang yang telah menjulang Liga SemiPro, dengan gah mendahului 2-0 di stadium keramat mereka: Stadium Merdeka, sebelum Perak makan kue bangkit dengan 4 gol.

9- Selangor membalas dendam kekalahan ini pada FA finale tahun berikutnya (1991) dengan jaringan tunggal kapten - Ismail Ibrahim yang gagal ditepis oleh keeper yop =  (aku lupa plak namanya, tapi chinese la ..)

--- Pada Piala Malaysia 2002, Perak berpeluang untuk bertemu Selangor di finale, namun malangnya mereka tumpor kepada Sabah pada peringkat separuh akhir kedua di laman sendiri: Stadium Perak, Ipoh.
Jadi melepasss ...---

10- Akhirnya Selangor dan Perak kembali bertemu di pentas finale, 14 tahun sejak 1991 pada perlawanan akhir Piala FA 2005. Perak dengan status juara bertahan (FA 2004) menghadapi Selangor yang muncul juara LigaPerdana 2005. Selangor dengan bantuan bintang Indonesia - Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy membenam Perak 4-2 di hadapan 80 ribu penonton di Stadium Shah Alam. Seminggu selepas itu, Selangor muncul juara treble pertama Liga Malaysia dengan menjulang Piala Malaysia 2005 (memang kali terakhir Selangor julang PM, dah 5 tahun kempunan).  

11- Belum tamat epik Selangor v Perak, pada awal musim Liga Malaysia 2005/2006 - Selangor dikejutkan Perak dengan kekalahan 1-4 pada perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).

-Sekian 11 cerita pentas finale Selangor vs Perak.-

No comments: