Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Showing posts with label LigaM. Show all posts
Showing posts with label LigaM. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Sebab kenapa Selangor mengharapkan ehsan Sabah malam ini ..

Jadi ini adalah kesimpulan saya sebab musabab kenapa Selangor terpaksa mengharapkan ehsan Sabah pada 6 Julai ni.

Kerana Selangor telah terlepaskan tahta ketika tumpas pada perlawanan ke-20 (19-May), 21 (22-May), 22 (25-May).
Ketika itu ...Selangor baru saja dibelasah Kelantan pada FA semi1 (13-May) dan semi2 (16-May).

Kesimpulan untuk games 13-May sehingga 25-May:
= Dalam masa 13 hari itu, Selangor bermain 5 perlawanan, setiap satu selepas 2 hari rehat.
= 5 perlawanan itu, Selangor kalah 4, dan seri 1.
= Pemain Selangor MUNGKIN mengalami masalah kecederaan / keletihan / morale down (dan lain-lain) sehingga gagal fokus untuk mengutip mata.
= Coach Devan juga dianggap gagal oleh kebanyakan penyokong Selangor untuk membariskan pemain simpanan yang sering berehat di bangku.
= Kenapa coach? itu kena tanya beliau lah, pada anggapan peribadi saya, beliau tidak ada banyak pilihan lagi kerana barisan simpanan tidak setaraf/setanding dengan barisan utama yang sedang cedera.

SEKIAN PUNCA KENAPA SELANGOR KENA HARAP SABAH MENANG .. kesian tak? TAPI SELANGOR KENA MENANG DULU DENGAN PERAK DI IPOH, BARU BOLEH CERITA TENTANG SABAH... lagi KESIAN!








REKOD LENGKAP TOP 3 Super 2011 :-

Sunday, May 29, 2011

Pantai Timur ungguli Super 11 manakala Sang Gergasi mengintai-ngintai saja ..

- klik gambar di atas untuk diperbesaq ..

Fakta menarik.

1) Akhirnya Liga Super berehat lama sedikit (lebih kurang 8 hari), setelah hampir semua pasukan melalui jadual yang ketat gila. Terengganu, Kelantan, Selangor & Pahang telah bermain 18 perlawanan berturut-turut sejak April hingga May, manakalah yang lain-lain 16 perlawanan. Menariknya 11-Jun, Terengganu akan berentap dengan Kelantan untuk merebut Piala FA. 3 hari selepas itu (14-Jun), siapa yang juara belum lagi dapat merayakan kejuaraan FA 2011 apabila fokus kepada Super pula. Tamat je game super itu, baru boleh celebrate sekejap, namun semua player kebangsaan kena sambung khidmat negara pula .. larat ke? Selepas kira-kira 20 hari, barulah perlawanan Super terakhir berlangsung, dan detik penentuan Super ditentukan pada masa itu (6-Julai) ...

2) Ganu & Kelate bertembung sesama sendiri, 6-Jun ini di KualaTerengganu. Jadi pemenang bakal muncul juara jika menang lagi baki 2 perlawanan. (beza 3 mata). Terengganu menjadi pilihan untuk menang kerana bermain di laman sendiri.

3) Jikalau Ganu seri vs Kelate & Selangor menang, maka ketiga-tiga top 3 Super terikat mata yang sama lagi, dan urutannya - 1) Kelate, 2) Ganu, 3) Selangor. Manakala Perak & Kedah & HarimauMuda akan gagal memotong 3 pasukan ini ..

4) Peluang Kelantan muncul juara (pencapaian minimum):-
-Seri vs Ganu. [ katakan Selangor menang ]
-Menang 1-0 Perak. [ katakan Ganu & Selangor menang ]
-Menang 1-0 Sabah. [ katakan Ganu & Selangor menang ]


5) Peluang Terengganu (pencapaian minimum):-
-Menang 1-0 Kelate. [ katakan Selangor menang ]
-Menang 1-0 TTeam. [ katakan Kelate & Selangor menang ]
-Menang 1-0 Felda. [ katakan Kelate & Selangor menang ]

6) Peluang Selangor (pencapain minumum dan ihsan kekalahan Ganu/Kelate).
-Menang 1-0 Perlis, [apa juga keputusan Ganu v Kelate]
-Menang 1-0 Felda [ katakan Kelate & Ganu menang ]
-Menang 1-0 Perak :-
(1) jika Kelate seri vs Ganu itu hari- [ Sabah mesti seri vs Kelate, DAN Felda mesti seri vs Ganu.]
(2) jika Kelate/Ganu menang game mereka, [ Sabah mesti menang vs Kelate / Felda mesti menang vs Ganu. ]

7) Pilihan aku untuk juara: Terengganu - kalau dia menang la semua baki games.

8) Terengganu & Kelantan memburu piala Liga Super, seterusnya Liga Utama Bolasepak Malaysia pertama untuk mereka sejak diperkenalkan 1982. Prestasi terbaik mereka adalah NaibJuara sahaja - Ganu (2001), Kelate (2010).

9) Super tahun ini memang sangat sengit tidak seperti 2009 & 2010, di mana Selangor sudah juara tatkala berbaki 1 perlawanan lagi.

10) 6 Rekod Selangor juara: 1984 (PialaLiga), 1989 & 1990 (SemiPro1), 2000 (LigaPerdana1), 2009 & 2010 (Super).









Thursday, May 26, 2011

Ganu Kite menduduki tahta Super 11!


hahaha .. lama x update, bisi ma .. sekali Ganu pulok merasai tahta Super pertamakali tahun ini! Persaingan 3 penjuru semakin sengit loh!


Tuesday, May 10, 2011

Rek Woyer gagal motong Rek Jayen skarang ..

[ Kedudukan Lengkap Super 2011  ]



 [ Senarai semua penjaring Super 2011 ]

*Info menarik: Walaupun pemain Kelantan & Terengganu mendahului senarai kasut emas, namun 4 pemain Selangor telah menduduki senarai 23 teratas penjaring Super setakat ini, berbanding Kelantan & Terengganu & Perak yang ada 3 wakil sajer ... boleh lah ..

Selangor di Liga Malaysia 2011 - kemaskini 10.05.11

















selingan:











Wednesday, May 4, 2011

Super Top 3 semakin hangat! PKNS menghidu kejuaraan!

 










selingan:-
"syukur Alhamdulillah aku dapat skor pertama LigaSuper tahun ni ya ALLAH" - Rudi Ramli
(ps - ayat tu aku agak aje ..)

Tuesday, May 3, 2011

Siapa jagoan Lembah Klang malam ini?



siapa jagoan Lembah Klang taun ini .. ?

kali terakhir KL menang dengan Selangor = 21 April 2007 - PialaMalaysia Pusingan Kedua. 3-1. sebelum itu KL belum pernah menang ke atas Selangor sejak 1 April 2000 (KL 1-0[Aggregat 2-1] Selangor - PialaFA PusinganKedua Leg2).

Selangor & KL belum lagi bertemu di mana-mana perlawanan akhir sejak azali, kecuali merebut Piala Sumbangsih aje tahun 1987 (Selangor 1-0 KL) dan 1990 (Selangor 1-1[penalti 3-0] KL).

Sementara itu, top 3 Super sangat sengit .. mampukah Selangor / Terengganu merampas tahta Super dari Kelate la nih? Juga mampukah KL / Perlis / JohorFC mengacau top 3 Super inii ... ?

Friday, April 29, 2011

Terengganu vs Selangor



Top of the table clash sekali lagi.


[ arkib Terengganu vs Selangor ]

Thursday, April 21, 2011

Selangor juara Super 2011 - pusingan pertama sajer ..





[ klik sini - Kedudukan Lengkap Super 2011 pusingan pertama - atau klik gambar di bawah .. ]



















Keputusan Lengkap Super 2011 pusingan pertama:-






-Selingan: Juara LigaPerdana2011 pusingan pertama, juga SELANGOR ... PKNS-
(klik gambo di bawah umtuk melihat ...)

Wednesday, April 13, 2011

Selangor vs Perak



6 pertemuan terakhir Selangor vs Perak:



klik sini untuk info lengkap Selangor vs Perak 1991-2010 ]









- Perak dianggap musuh tradisi baru Selangor selepas Singapura meninggalkan LigaMalaysia 1994.
- Rekod di atas membuktikan pertemuan Selangor vs Perak adalah klasik & berkelas tersendiri (berbanding pasukan-pasukan lain yang menganggap Selangor adalah musuh tradisi mereka .. kuikuikui ..).
- Pertemuan pertama Selangor vs Perak yang diketahui adalah kira-kira 90 tahun yang lampau (1921) - di mana Selangor menewaskan Perak dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Piala Malaysia Zon Utara.

1- Pertemuan pertama Selangor vs Perak di pentas finale adalah pada tahun kemerdekaan negara kita, bertarikh: 19 Oktober 1957 - Perlawanan akhir Piala HMS Malaya. -rujuk gambar di bawah-


 tulisan di atas (kalu kome tak nampok ..): 19 October 1957: Perak (left) and Selangor who met in the Malaya Cup final at the Merdeka Stadium, Kuala Lumpur. (Perak, defeated Selangor, the defending champion 3-2, for their first post-war cup victory. This match also created history in Malayan soccer, when inche Mansor bin Haji Abu Bakar, a clerk in the Penang Postal Department was chosen as a referee. He will be the first Malay to referee in a Malaya Cup final since the inception of the competition in 1921.)


2- Dua tahun kemudian, Selangor membalas dendam pada final Piala HMS Malaya 1959 dengan membenam Perak 4-0 (mcm game yop v rek woyer malam tadik .. )

3- 1960, Selangor bertemu lagi dengan Perak dalam perlawanan akhir, kali ini Piala FAM (agaknye format dia dulu mcm Piala FA sekarang, taktahu ler awok .. ), dengan Selangor membelasah lagi Perak 5-0.

4- Tahun 1961, Selangor jora lagi, Perak kalah lagi finale PM ditumporkan 2-4.

5- Tiga tahun kemudian, Perak membalas dondam ketumporan dalam FAM & PM. Perak menjulang Piala FAM 1964 dengan membuli Selangor 7-1. (rekod ni)

6&7- Kali terakhir Selangor bertemu Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia adalah 1972 (39 tahun yang lalu). Selangor 3-0 Perak. Tahun sebelumnya juga (1971) Selangor membenam Perak 3-1 untuk menjulang Piala Malaysia - perlawanan akhir ini adalah ulangan setelah mereka seri 1-1 dalam finale beberapa hari sebelumnya(sistem penalti belum mulo ..).

8- Mereka kembali bertemu dalam pentas finale 18 tahun kemudian (1990) pada perlawanan akhir sulung Piala FA. Selangor yang dibarisi pemain bintang yang telah menjulang Liga SemiPro, dengan gah mendahului 2-0 di stadium keramat mereka: Stadium Merdeka, sebelum Perak makan kue bangkit dengan 4 gol.

9- Selangor membalas dendam kekalahan ini pada FA finale tahun berikutnya (1991) dengan jaringan tunggal kapten - Ismail Ibrahim yang gagal ditepis oleh keeper yop =  (aku lupa plak namanya, tapi chinese la ..)

--- Pada Piala Malaysia 2002, Perak berpeluang untuk bertemu Selangor di finale, namun malangnya mereka tumpor kepada Sabah pada peringkat separuh akhir kedua di laman sendiri: Stadium Perak, Ipoh.
Jadi melepasss ...---

10- Akhirnya Selangor dan Perak kembali bertemu di pentas finale, 14 tahun sejak 1991 pada perlawanan akhir Piala FA 2005. Perak dengan status juara bertahan (FA 2004) menghadapi Selangor yang muncul juara LigaPerdana 2005. Selangor dengan bantuan bintang Indonesia - Bambang Pamungkas & Ellie Aiboy membenam Perak 4-2 di hadapan 80 ribu penonton di Stadium Shah Alam. Seminggu selepas itu, Selangor muncul juara treble pertama Liga Malaysia dengan menjulang Piala Malaysia 2005 (memang kali terakhir Selangor julang PM, dah 5 tahun kempunan).  

11- Belum tamat epik Selangor v Perak, pada awal musim Liga Malaysia 2005/2006 - Selangor dikejutkan Perak dengan kekalahan 1-4 pada perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).

-Sekian 11 cerita pentas finale Selangor vs Perak.-