Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Sunday, August 21, 2011

Piala Malaysia 2011 (Edisi ke-85)



Nota - Sudah lama belog ini tidak dikemaskinikan kerana FB semakin menguasai dunia penulisan alam maya sekarang .. apapun tulis tetap tulis. Jadi tulisan yang sesuai - bola tempatan je lah. Nak tulis bab-bab ugama, dah ramai para ustaz.. Pasal peribadi - takdak citer menarek... Politik? Lagi lah bersepah-sepah, penuh dgn umpatan (kalau citer tu benar) & fitnah (kalau citer tu tipu).. jadi sama je dosa. Bola pun ramai juga org tulis, tapi wa punya banyak gambar & fakta je lah, ye lah nak tungga FAM bagi fakta, letih depa nak carik fail -fail kat wisma depa tuh .. berjanggut nak tunggu. Wa buat je lah sendiri punya la senang .. Jadi nanti sebelum sibuk nak raya, gua tulis dulu intro PM tahun ini yang mana perlawanan pertamanya akan bermula lebih kurang 16 hari saja lagi dari sekarang 21 Ogostus ...


KUMPULAN A : KEDAH - PERAK - SABAH - JOHOR
KUMPULAN B : TERENGGANU - NEGERI SEMBILAN - PKNS - SIME DARBY
KUMPULAN C : KELANTAN - JOHOR FC - FELDA UNITED - SARAWAK
KUMPULAN D : SELANGOR - T-TEAM - KUALA LUMPUR - PDRM

Pertandingan bermula 6 September hingga 29 Oktober.
*Jadual Piala Malaysia 2011
-> Pusingan 1 -> 6 , 10 & 13 September
-> Pusingan 2 ->17 , 24 & 27 September


suku Akhir -

A1 vs D2
B1 vs C2
C1 vs B2
D1 vs A2

-> Jadual Suku Akhir -> 4 & 8 Oktober
1st leg = 2 vs 1.
2nd leg = 1 vs 2.



separuh akhir:-
A1D2 (teamA1) vs (teamA2) C1B2
B1C2 (teamB1) vs (teamB2) D1A2

-> Jadual Separuh Akhir -> 14 & 22 Oktober.
1st leg = team1 vs team2.
2nd leg = t2 vs t1.


-> FINAL PM 2011 ->
A1D2C1B2 vs B1C2D1A2
29 Oktober 2011 - Stadium Bukit Jalil.


-pasukan pilihan di suku akhir:-
Kedah vs TTeam.
Terengganu vs JohorFC.
Kelantan vs NegeriSembilan.
Selangor vs Perak.

-pasukan pilihan Separuh Akhir-
KEDAH vs KELANTAN
SELANGOR vs TERENGGANU



[ Rekod-rekod lama Piala Malaysia ]





Menjelang Piala Malaysia 2011 -
Piala paling berprestij dan tertua di Asia, dimulakan pada tahun 1921,
dengan Singapura muncul juara piala pertama mengatasi Selangor dengan 2-1 di Padang Kelab Selangor (Padang Dataran Merdeka), Kuala Lumpur.
Sejak tahun itu, pertandingan terus diadakan setiap tahun sehingga tahun 2011 (kecuali 1942-1947, WWII).
Selangor muncul kuasa utama PM dengan 32 kali kejuaraan, mengatasi Singapura (1921-1994) yang juara 24 kali.
Perak mengikuti rapat dengan 7 kali, dan seterusnya: Penang & Kedah: 4, KualaLumpur: 3,
Pahang & NegeriSembilan & Perlis & Johor: 2, Terengganu & Kelantan & MPPJ & Brunei: 1.
Sabah & ATM & Sarawak hanya merasai suasana final sahaja.

Tahun 2011 - Piala Malaysia yang ke-85, ENAM BELAS pasukan bertanding ingin mencatat rekod peribadi PM seperti berikut:-

-8 pasukan bertanding yg belum pernah juara, ingin muncul menjulangnya pertamakali:
(1)JohorFC & (2)TTeam & (3)FeldaUnited & (4)PKNS & (5)Sabah & (6)Sarawak & (7)PDRM & (8)SimeDarby.

-Juara bertahan: (9)Kelantan yang juga pasukan ke-14 juara PM, dan juga juara Sumbangsih2011 & LigaSuper2011 ingin menggapai piala ke-3 2011.

-(10)Terengganu juara FA 2011, dan PKNS juara Perdana 2011, ingin mencari piala kedua tahun ini.

-Finalis tahun lepas: (11)NegeriSembilan, ingin membalas dendam kekalahan tahun lepas.

-(12)Perak yang menjadi pasukan Malaysia kedua terbaik sejarah PM, ingin mengejar Singapura & Selangor untuk mencari PM yang ke-8.

-(13)Kedah mencari-cari rentak juara setelah kali terakhir mencatat sejarah 6 piala dalam 2 tahun berturut-turut (2007-2008).

-(14)KualaLumpur mahu mengulangi zaman gemilang mereka Hatrik PM (1987-1988-1989).

-(15)Johor mahu kembali disegani setelah kali terakhir juara double 20 tahun yang lampau (juara Liga1 & PM 1991).

-Dan sudah pasti, juara 32 kali: (16)Selangor, ingin mencari yang ke-33 untuk mengukuhkan lagi gelaran Gergasi bola Malaysia.