Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Friday, January 22, 2010

Al-Fatihah: Sultan Johor

Kisah Sultan Johor dari pengalaman bini aku.

bini aku penah keje temp di LIMA / DSA duluk .. ramai Sultan-Sultan akan turun melawat gerai-gerai pameran persenjataan / keta kebal / dll ...

Dlm kalangan ramai-ramai Sultan, sebut Sultan Johor aje, semua kengkawan bini aku x nak accompany baginda, sangat garang lah, takut kena tampar lah .. oleh itu bini aku diarahkan untuk accompany baginda sewaktu lawatan-lawatan rasmi tu ..

Pada LIMA 2007 kalu tak silap, Almarhum pernah dioffer naik keta buggy ( kereta kecik kt padang golf tu kan) utk ke pameran-pameran tapi sekali Almarhum bertitah:

"Takpe takpe, aku kuat lagi, boleh berjalan lagi .."

Oleh itu berjalanlahlah Almarhum slow-slow bertongkat aje, smbil buggy car tadi ikut je belakang almarhum, standby mode ......

Nak dijadikan cerita di DSA 2008 pulak , Almarhum sedang naik buggy car, yg drebar tu sorang budak DSA, sekali Almarhum sound dia:

"OK, berhenti berhenti. Kau drebar turun. haa .. kau pula bawak .."

Almarhum suruh orang dia jugak yang bawak buggy tu .. malu sungguh budak drebar DSA tadi hu hu ....

Ayat lebih kurang lah, tapi memang gaya bahasa sempoi aje tapi tegas.


Berbalik kepada bini aku tadi pulak, selepas disuruh accompany Almarhum & AO (accompanying officer - agaknye) & kerabat-kerabat & anakanda2 bagiinda, maka berjalanlah lawantan rasmi ke pameran-pameran ..

Bini aku akan duduk depan menunjukkan mana pameran untuk baginda singgah & lawat, takde cakap apa2 pun, kira tunjuk dgn hormat lah .. Lepas satu-satu pameran ikut urutan lah dari belakang ke depan.

sekali ada orang puteh (tak ingat negara mana) yang sangat-sangat ingin menjemput Almarhum ke gerai mereka kt belakang pulak
(Sultan Johor dikenali sebagai penaung / komander tertinggi Tentera Johor - kalu x silap)

Oleh itu orang puteh tu pun cakaplah dgn bini aku, pastu bini aku terus jumpe AO Sultan tadi tentang jemputan itu, sekali AO tu cakap:

"ha, pergilah cakap sendiri"

Bini aku: "haaa ..?"

AO: "Takpe, takde pape lah, jangan risau.."

Tiada pilihan, bini aku pun bersedia. Abis lawatan Almarhum, baginda pun keluarlah di depan sikit, smbil dikeliling ramai orang kan (kerabat / pegawai suma bagai) .. smbil lost taktau kemana nak pegi ..

Bini aku pun sup sap menyelit kalangan ramai orang tu, terus ke depan Almarhum dan berkata:

"Tuanku, ada orang Scotland (contoh orang puteh itu) menjemput untuk ke pameran mereka di belakang tu"

Almarhum: "Haa? Ke belakang pulak! Kena patah balik la ni! bla bla bla...."

Menurut bini aku, Almarhum X marah pun, muka rilek aje, tapi gaya membebel sikit .. haha ..

Pastu bini aku kene gelak dgn orang ramai lepas almarhum gerak .. ha ha ha ... pengalaman... pengalaman....






ps- sekali lagi - Al-Fatihah.

1 comment:

Sheherazade said...

salam ziarah,owh begitu kah?