Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Saturday, January 1, 2000

Al-Fatihah


Surah Al-Baqoroh. 1 - 5.


Ayatul Kursi


Ayat Lepas Ayat Kursi

Ayat Sebelum Amanarrosul

Ayat Amanar-Rosul ..

Ayat Perlindungan Dari Kemudhoratan ..

Ayat Penyembuh ..

Ayat 7

Terkini: (dah lama sebenarnya tuan guru saya ajar ni .. baru sekarang berkesempatan letak d sini ...)








Dipetik dari blog: http://www.urutbatinrawatsihir.com/2009/11/amalan-ayat-tujuh-pelbagai-masalah.html

Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah.

Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.

InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah S.W.T, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.


Ayat 1000 Dinar

Surah 3 Qul

Astaghfirullohal 'azeem ..

Ayat Penggerak



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.