Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Saturday, January 1, 2000

Ayat Penggerak



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Saturday, May 3, 1986

Lagenda Selangor & Malaysia

Mokhtar Dahari
- 12 kali membantu Selangor ke final PM - (Rekod): 10 juara
- 02 kali membantu PKNS juara FAM -
- 01 kali membantu Kelab Sultan Sulaiman juara FAM -
- 01 kali membantu Selangor ke final FAM -
- 04 kali membantu Malaysia ke final Sukan SEA -


20 - 1986 - PM

19 - 1984 - PM[ 7 tahun berturut-turut Selangor ke final ]

18 - 1983 - PM (Naib Juara)

17 - 1982 - PM
16 - 1982 - FAM [Kelab Sultan Sulaiman]

15 - 1981 - PM( dua tahun berturut-turut juara. )
14 - 1981 - Malaysia Perak Sukan SEA.

13 - 1980 - PM - skor satu gol finale. (Naib Juara)

12 - 1979 - (Malaysia Emas Sukan SEA) - skor satu gol tunggal finale.
11 - 1979 - PM ( dua tahun berturut-turut juara. )
10 - 1979 - FAM [PKNS] - skor dua gol finale.

09 - 1978 - PM
08 - 1978 - FAM [PKNS]

07 - 1977 - (Malaysia Emas Sukan SEA) - skor satu gol finale.

06 - 1976 - PM ( dua tahun berturut-turut juara. )

05 - 1975 - Malaysia Perak Sukan SEA.
04 - 1975 - PM- skor satu gol finale.

03 - 1973 - PM ( dua tahun berturut-turut juara. )

02 - 1972 - PM - skor satu gol finale.
01 - 1972 - FAM (Naib Juara)
MOKHTAR DAHARI - The Untold ...

ps - ayat-ayat di bawah merupakan quotation dari dokumentari tersebut, cuma ayatnya takde lah sebjik-sebijik .. yg penting makna tuuu .....

Samad Allapitchay (ex-star Singapore): "This guy.. haiyaa .. body full of muscle, from head to toe ...frighten us all, he's different kind from others, he can dribble along 50 meter, he can shoot the ball 100 miles per hour .. he reminds me of Maradonna, they were look alike... "

Quah Kim Song (ex-star Singapore): "Playing against him was a nightmare to all of us, i have not seen anyone like him, not even in World Cup, a complete striker in him"

.......................................................................................................

Isterinya pernah bertanya kepada Mokhtar: "Adakah awak mahu main untuk negeri lain. Mereka sanggup offer gaji lebih lumayan.."

Mokhtar melihat kepadanya & menjawab: "I live and die for Selangor"


.......................................................................................................

Setiap kali final Piala Malaysia, Sultan Selangor: Sultan sharafuddin (Raja Muda ketika itu) bertanya kepada Mokhtar: "Bolehkah kita menang?"

Mokhtar menjawab: "Sure, we will deliver it for you your highness!"

Beta menambah: "Kalau tanya pemain sekarang: Maybe .... Possibly .."


.......................................................................................................

Mokhtar pernah menangis ketika kalah semifinal Piala Malaysia, kerana beliau berasa telah mengecewakan penyokongnya ..


.......................................................................................................


Sultan Sharafudin bercerita: "Semasa Selangor juara Piala Malaysia 1986, Mokhtar menghadiahkan jersinya kepada Sultan Sharafudin (Raja Muda ketika itu), sambil berkata: "Ini adalah untuk Tuanku, saya akan bersara.." Ketika itu baginda dan seluruh pasukan sedang bergembira dgn kejuaraan itu, hingga tidak perasan perkataan Mokhtar itu. Setelah beberapa hari, barulah baginda menyedarinya..."


.......................................................................................................

Ahmad Mahmud - fisio trainer Selangor: "Alcohol free, drug free, nikotin free.."


.......................................................................................................


Kisah semasa Mokhtar mengerjakan haji bersama Ahmad Mahmud - fisio trainer Selangor, semasa Mokhtar di akhir-kahir hayatnya, tengah sakit dan hanya mampu berkerusi roda sahaja ..

"Semasa tamat tawaf widak, beliau yang didukung oleh Mahmud ditanya: nak cium hajaral aswad tak?"

Mokhtar: "Boleh juga .. Baiklah"

Dengan ribuan jemaah haji yang ada di situ, mereka berjalan perlahan2 ke arah hajarul aswad sambil Mokhtar didukung sahaja kerana lemah untuk berjalan. Kira-kira 5 ela lagi nak dekat... tiba-tiba Mahmud tergelincir lalu kedua-duanya terjatuh. Aduh .. harapan tipis nampaknya..

Tiba-tiba juga, datang seorang yang berbadan besar dan gagah, mengangkat mereka berdua, membawa mereka dan menolak jemaah lain yg sedang berpusu-pusu di kawasan hajarul aswad, lalu menolak tengkuk Mokhtar untuk mencium batu suci itu, selepas itu dia tolak tengkuk Mahmud pula. Selepas itu mereka pun keluar dari situ, bila mahu toleh untuk ucap terima kasih, orang besar itu sudah hilang entah ke mana ... ALLAHU ROBBI ....


.......................................................................................................

Datuk Mazlan Harun - ex-manager Selangor: "Nobody will ever replace Mokhtar, you will never find personality like Mokhtar, hardworking on field, very humble, full of inspirational, good family man, doesn't go to nite club, doesnt spend money foolishly"


.......................................................................................................


Al-Fatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 
Ghani Minhat



- 10 kali membantu Selangor ke final PM - [ 8 juara ]
- 08 kali membantu Selangor ke final FAM -
- 01 kali membantu Malaysia emas Sukan SEAP -

- 04 kali membantu Selangor ke final PM sebagai jurulatih -


23 - 1985 - [Coach] - PM (Naib Juara)

22 - 1984 - [Coach] - PM

21 - 1972 - [Coach] - PM ( dua tahun berturut-turut juara. )
20 - 1971 - [Coach] - PM


19 - 1969 - PM ( dua tahun berturut-turut juara. )
18 - 1969 - FAM (Naib Juara)

17 - 1968 - PM
16 - 1968 - FAM

15 - 1967 - FAM (Naib Juara)

14 - 1966 - PM
13 - 1966 - FAM

12 - 1965 - PM (Naib Juara)

11 - 1964 - FAM (Naib Juara)

10 - 1963 - PM ( skor 4 gol final, juara tiga tahun berturut-turut. )

09 - 1962 - PM
08 - 1962 - FAM ( juara tiga tahun berturut-turut. )

07 - 1961 (Malaysia Emas Sukan SEAP)
06 - 1961 - PM
05 - 1961 - FAM

04 - 1960 - FAM

03 - 1959 - PM

02 - 1957 - PM (Naib Juara)

01 - 1956 - PM

Friday, January 12, 1979

JKR Kedah vs PKNS


Cerita-cerita di bawah dicedok dari HKC Forum ..
[ tiada editan langsung ]

Cerita #1

Stadium Darul Aman cukup banyak nostalgianya. Dahulu sebelum dibesarkan, kapasiti penonton hanya sekadar paling maksimum 12,000(Melimpah sehingga ketepi trek).Penyokong fanatik dari Kuala Kedah seringkali dilihat memanjat dinding belakang untuk masuk percuma. Pagar sekeliling stadium puluhan kali terpaksa diganti dan dibaiki. Dengan bantuan lori ikan, dan cutter yang dibawa, pagar yang memagari sekeliling stadium sentiasa menjadi mangsa.

Demikianlah kentalnya semangat juang penyokong Kedah hanya kerana mahu melihat aksi terbaik pemain anak negerinya.

Stadium Darul Aman juga ada sejarah hitam berdarah tersendiri. Barangkali ramai termasuk generasi Liga Super hari ini sudah terlupa. Di saat itu, pada tahun 1979, zaman di mana hanya ada dua piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak tanahir, iaitu Piala Malaysia dan Piala FAM, di mana setiap negeri akan mengantar dua wakil untuk mewakili negeri. JKR Kedah pada tahun itu dengan barisan pemain anak negeri terhebat, yang disiang harinya hanyalah technician biasa, buruk jalan, tetapi di malam harinya dengan semangat juang yang kental telah ditakdirkan bertemu PKNS(Selangor) dalam separuh akhir Piala FAM di Stadium Darul Aman. PKNS diwakili barisan bintang. Di waktu itu PKNS adalah sinonim dengan pasukan Selangor dan Selangor adalah lambang pasukan Malaysia(80% pemain Malaysia terdiri dari pemain Selangor).

Gelaran 'underdog' bagaimanapun tidak melemahkan asas perjuangan JKR Kedah. Dengan diketuai penyerang lipas kudung Roshidi Shaari, yang mampu melakukan aksi 'badik' dan melekatkan bola di atas dahi dan tengkuk, telah berupaya memeningkan kepala pertahanan tengah diketuai Soh Chin Aun(yang juga kapten pasukan Malaysia). Selain aksi Roshidi Shaari membuatkan V. Arumuggam, penjaga gol yang terkenal dengan gelaran 'Spiderman' tidak senang duduk. Barisan sayap kiri JKR Kedah pula dikemudi oleh penyerang kidal bertubuh kecil, Rosli Mohammad yang mampu berlari dengan kencang sehingga akhirnya Santokh Singh pertahanan kanan tiada upaya untuk menahannya melainkan menggunakan taktik kotor (aksi yang menimbulkan kemarahan peminat). Jamaluddin Hassan yang tinggi lampai pula begitu gah mengawal K. Rajagopal dan Mokhtar Dahari dengan bantuan Johari Ali (bekas driver CEO PKNK Dr. Ghani Shafie).

Stadium Darul Aman gegak gempita apabila kapten JKR, Khor Sek Leng (Mohd Azrai Khor Abdullah) menjaringkan gol pendahuluan dari jarak 30 meter yang hanya mampu dilihat oleh V.Arumugam. Rakyat dan penonton Kedah pada malam itu termasuk aku, sudah merasakan sejarah bakal tercipta. Namun malangnya akibat sang penguasa(pengadil) perlawanan yang lebih memihak kepada PKNS atas dasar dibarisi oleh pemain berstatus bintang dan untuk mengelakkan PKNS menerima malu, maka dengan pengaruhnya keputusan perlawanan malam itu berubah.

Di saat akhir pergaduhan tercetus, lalu terjadilah rusuhan bola sepak terbesar dalam sejarah negara. KBDYMM Tuanku Sultan hanya dapat berangkat pulang keluar dari Stadium Darul Aman jam 1.30 pagi. Ramai anggota FRU dan penonton yang bertempur terpaksa diusung ke hospital. Peniaga disekitar Garden(Taman Merdeka) ada yang menjadi mangsa gas pemedih mata yang ditembak oleh FRU. Tetapi jika kental penyokong dan rakyat Kedah tidak mudah luntur pada malam itu, kebenaran tetap kebenaran, mereka sanggup dan rela berkorban apa sahaja demi sayangkan pasukan negeri.

gambar0: Skuad PKNS 1979 - yg bulat tuh: Khalid Ali.




Cerita #2

Keistimewaan Super Mokh adalah kemampuan untuk 'shoot on the run'... itu terbukti apabila beliau menjaringkan gol penyamaan sewaktu Malaysia seri dengan England 'B' di Stadium Merdeka 1-1. Mokhtar membuat larian dari tengah padang menyerong ke bucu kanan kotak penalti England sebelum merembat kencang melepasi Keeper England walaupun dikejar kencang oleh pemain England, CC Chinaglia... ini di tahun 1977 atau 1978 kalau tak salah.

Satu lagi, nostalgia yang tak dapat saya lupakan tentang Super Mokh ni berlaku di tahun 1979. Kisah bermula semasa saya menonton perlawanan Suku Akhir Piala FAM antara JKR Kedah dan PKNS Selangor di Stadium Darul Aman. Pada penghujung perlawanan di mana Kedah sedang mencari gol penyamaan apabila Selangor mendahului 2-1 angkara penalti yang dipertikaikan, maka berlakulah satu kekasaran apabila seorang pemain Kedah kalau tak salah Nasir Ibrahim bergaduh dengan pemain PKNS iaitu Roslaini Mohd Shah.. sedang dok tolak menolak, jerit menjerit dan pemain kedua belah pihak mula berkerumun tu...

TIBA-TIBA, Super Mokh yang merupakan Kapten PKNS meluru ke arah kumpulan pemain yang sudah hampir nak bergaduh sakan tu.. semua pemain terhenti dan memberi laluan kerana respek kat Mokhtar Dahari. Semua sangka dia datang nak menyuraikan pergaduhan/pertengkaran.... TAK DISANGKA BUAH CEMPEDAK JADI NANGKA... SUPER MOKH DENGAN LARIAN KENCANGNYA KETIKA ITU MELAYANGKAN SATU FLYING KICK KE ARAH PEMAIN KEDAH... tak ingat kena sapa, kalau tak salah Mustakeem Omar kot...

Wahhh, apa niii !!! Lepas tu apa lagi... kami semua naik minyak aaaa!!! dalam padang dah mula bertumbuk sakan.. kami kat tempat duduk penonton mula berkelahi dengan FRU , ada satu Pak Long baling pinggan laksa kena topi besi FRU... Saya ingat UFO terbang masuk nak berkelahi sekali... Pinggan laksa? Maklumlah, stadium kita dulu pagar dawai berlubang-lubang, kecil saja stadium dan pintu waktu half time dibuka untuk semua masuk berduyun-duyun bersama pinggan laksa dll...

Lepas FRU kena Flying Saucer tu, kami gelak kat FRU ramai-ramai... apa lagi.. FRU lepas tu panggil sorang mamat Kuala Kedah mai masuk kalau berani.. nak jadi cerita mamat ni dok kerja laut, pakai singlet malam tu, masuk pi 'mengadap' FRU tadi... tak di sangka mamat ni boh penumbuk tepat atas batang hidung FRU tu sampai hampir jatuh.. lepas tu mamat tu lari masuk balik kat tangga ayam... dahsyat!! Kerana malu, FRU naik gila dan terus tembak pemedih mata macam Perang Iraq... kami goyang tiang lampu stadium, dulu tiang kecik saja... sampai atas tiang pun kita boleh tengok bola masa tu... setengah ahli forum di sini masa tu kecik lagi dan tak tau bab ni... ada yang belum lahir lagi... Saya Form 1 masa tu.

Berbalik kepada cerita FRU mengamuk.. ada bom asap yang keluar stadium dan masuk kereta orang/pecah cermin dll... FRU pun panik dan kelam kabut... penyokong Kedah 'Pra Hijau Kuning' tak tunggu dah, kami terus mara melangkah pagar yang hanya setinggi pinggang, menawan padang, memburu dan membelasah puak PKNS yang kurang ajar malam tu... disamping kena belasah dengan belantan FRU... Tak kira dah, sebab maruah kita dicabar oleh depa-depa tuuu!!! Mokhtar kami buru dan sempat sorang wira kita boh penerajang dan penumbuk sampai last kena balut kepala dia.... tiang bendera stadium banyak kami cabut dan diguna untuk mempertahankan diri dari FRU dll...

Malam tu lah malam terhebat amukan penyokong 'Pra Hijau Kuning' dalam sejarah bolasepak Kedah. Semuanya gara-gara Mokhtar Dahari yang kita kasihi menganiayai PEMAIN KEDAH yang kita kasih dengan jiwa raga... tindakan Super Mokh boh Flying Kick ibarat menjijak-jijak bendera Kedah dan menjatuhkan maruah anak-anak Kedah. Maklum lah ketika tu depa semua elit... angkuh dan bongkak sekali memandang hina pasukan yang dipanggil pasukan bendang dan kampung.

Itulah kejadian yang harus kita semua ambil iktibar. Orang Kedah ni baik, banyak bersabar,tapi kalau dah marah, susah dan brutal nanti. Tak kira sapa dah... Kalau setakat sikit-sikit penyokong Kedah marah penyokong Selangor baru-baru ni, itu biasa saja.... jangan sampai nak kata Stadium tak Aman dll untuk menaikkan marah kita yang sememangnya dah banyak bersabar sekarang ni... semua tahu Penyokong Kedah fanatik sebagaimana juga Penyokong Selangor... sepatutnya hijau kuning dan merah kuning ini menjadi warna gemilang bolasepak Malaysia.... jangan pula menjadi lambang perseteruan yang membawa rebah ke atas kita semua.

p/s Saya lepas game JKR Kedah dan PKNS tu, bengkak-bengkak mata jugak lah... Nak tergelak pun ada.. bengang pun ada... ada sorang Tok Chik tu dengan seluar pi motong, pelikat selempang dan ketayap putih atas kepala mengamuk gila masa dok bergelut sakan dalam stadium tu main tibai ikut suka saja, dia dah turun minyak macam gajah berang... mata dia sampai terbeliak, air liur pun keluar, menggerunkan... sampai saya pun terkena 2-3 das penyiku dia dll... ish ish...

Pemain PKNS dan Super Mokh semua berlari satu padang dikejar dan akhirnya dikepung oleh FRU dengan membuat benteng perisai mempertahankan depa dan akhirnya kami semua keluar dari padang apabila dah agak puas, pedih mata dan pasukan bantuan polis serta FRU tambahan sampai lagi... huhu, itu lah sejarah lama... diharap jangan lah sesiapa seperti Budak Selangor atau siapa saja main permainan provokatif... tak mau dah sejarah silam persengketaan dipanaskan semula. Kami anak-anak Kedah... bujur lalu melintang patah!Hijau Kuning lambang kemegahan! Tidak ada tolak ansur jikalau maruah dan harga diri cuba dipermain-mainkan.

Gambo di bawah: kredit to maximum baracheil SFC!

Tuesday, May 29, 1973

Al-Fatihah: P Ramlee



Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya ..

Pertama mengucap 2 kalimah syahadat,
kepada ALLAH kita beribadat,
supaya hidup kita tak sesat,
dari dunia sampai akhirat.


Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya ..

Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat ALLAH yg satu
mengenai Ia supaya tentu
dgn putih bersih di kalbu.


Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya ..

Ketiga ramadhon hendaklha puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sesama manusia
tauhid kpd yg maha ESA

Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya ..

keempat fitrah & memberi zakat
segantang beras pulak disukat
tanda islam semua bersahabat
ALLAH mmberi berkat.

Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya ..

Kelima fardhu haji ke Baitullah
rukun Islam sudah terjumlah
5 perkara tunailah sudah
ikutlah semua perintah ALLAH.

Rukun Islam 5 perkara,
Marilah kita mengerjakannya.





Dialog-dialog legenda.
(dialog2 & idea asal byk dicedok dari tko .. )

Si Ramlee kalau dah jumpa perempuan ho ha hee hi he ho he ho ... menyampah aku!

Siapa kau? Bapak tiri laki mak kau -Laksamana Do Re Mi

ni ana punya beras lah

khacan brendi la.....

aikk.. rimau pun bole cakap??

Apa laginya labu??

Takdak apa-apa pak incik.

sazali sudah besar sekarang bapak!!!

zam-zam ala kazamm....!!!!!!

kasi aku haji bakhil and tonik!!

Aik..koboi pun minum susu?

Hai mambang tanah, mambang air, mambang api mambang angin ... mambang mabuk minum brendi..

Cobaannnn...

Alaaa Kassimmm....

alif mim nun wau, alip tendang wau... sarkis daa

lobang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku...

hidup susah... mati pun susah....... apek madu 3

chegu suka main bola..hari-hari chegu main bola..chegu suka main bola......hari-hari chegu tidur... chegu sudah tidur, mari kita main..

Mari kita lihat siapa yang kena

Malam ni kita kerja 'overtime'!!

kesian... ooohh kesiaannn ...

Hei! Cikgu, bahasa apa yang cikgu cakap ni?
Bahasa German daa! Kau mana tau, kau tak sekolah!

Baikkk.....Baik ada makna tuuuuu......

Saya bilang tak payah, bapak saya baru kirim dari Hong Kong

Hari-hari datang minjam beras ... boleh bagi pinjam, tapi kasi balik dua gantang!

Aduhh..aduhh..duhhh..Angin senggugut dah datang...

Pah..OOooo Pah..butang baju melayu abang mana Pah...????

Bukan abang yang nak kawen...kawan satu opis dengan abang..nama dia pun Jamil jugak...

Nang botinang, kui botikui...

hah!!hah!!tu!!hah!!diam!!diam!!diam!!haaaa!!!.....ape tu cik ramli??kutu bab1!!..Allah!!batal air semayang saya!!

Bodoh! Kecik-kecik taknak mampus! Sudah besar menyusahkan orang!

Bodoh Bahalol!!

Ajis: 1 utk engkau, due utk aku. due utk engkau, due utk aku. tige  utk engkau, tige utk aku.....
Sudin: heiii ... ni macam kira, brapa lama mau abes ... pEgang (dialek minang) .. aku kira.
1 utk kau, 1 utk engkau, 1 utk aku. 2 utk engkau, 2 utk aku. 3 utk engkau, 3 utk aku.....errr... lepas tiga brapa??

Ajis: Hentam sajalah...
Sudin: Hentam sajalah! utk engkau, hentam sajalah! utk aku. Lepas hentam sajalah?

Ajis: Bedal dah...
Sudin: Bedal dah utk engkau. Bedal dah utk aku...

Ajis: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa!!
Sudin: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa! utk engkau. Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa! utk aku.

Ajis: Ei, Apeda!
Sudin: Ei, Apeda! utk engkau. Ei, Apeda! utk aku...

Ajis: Ei ei eiii??!
Sudin: Ei ei eiii??! utk engkau. Ei ei eiii??! utk aku...

Ajis: Ei, ko nak mampus ye??
Sudin: Ei, ko nak mampus ye utk engkau. Ei, ko nak mampus ye utk aku.

Ajis: Kepala Hotak Kau!
Sudin: Kepala Hotak Kau! utk engkau. Kepala Hotak aku! utk aku...

Ajis: Aku bagi karang...!
Sudin: Aku bagi karang...! utk engkau. Aku bagi karang...! utk aku...

Ajis: eeehhh?! (nada lagi tinggi cket!)
Sudin: eeehhh?!....utk engkau. eeehhh?!.... utk aku.

woi disana...
amboi cantiknya bahasa... apa disana mau!!!
disini nak beli kedai disana dengan disana-sana sekali!!
oooo bapak disana suruh disana datang mengurat disini yeee
memang, tapi disini tak hingin dengan muka disana tau..
disini pun tak hingin dengan disana lah..
elehhhhhh.. muka disana tu, sekali disini ketik 10 yang datang tau...
10 yang datang tau, kalau yang datang tua-tua kerepot buat apa tau..

Belalang : Pak, pak gi mana memalam nie?
Pak Belalang : Gi mengubat orang sakit la..
Belalang : Aik..memalam pun ada orang sakit ke pak??
Pak Belalang : Habis, siang jer orang sakit. Malam orang tak sakit..
Belalang : Kalau malam-malam orang sakit nak menikah pak..
Pak Belalang : Aik..budak nie..dah gi tido..
Belalang : Pak, pak klu sini bikin dinding kan bagus..
Pak Belalang : Buat apa nak bikin dinding.. camni kan dah bagus..
Belalang : Bukan apa pak. Belalang boleh tido sini, bapak boleh tido situ dengan TUAN PUTERI..

Abg Kus: Sabar Tinah... sabar.... mengucap... astaghfar banyak2....
Tinah: Ooo... selama ni abg tipu Tinah... kata pegi meeting... pegi meeting... rupa2nya simpan pempuan yea!! Jantan tak guna! Nak mampos! Seeloknya ditembak dgn senapang gajah!!
Abg Kus: Allah! sumpah Tinah.... pempuan ni bukan abg simpan... ni bini abg no. 2... madu kau jugak, Tinah!! Tinaaaaahhh....
Tinah: Ooo... dulu saya taknak kawin dgn abg, abg nak bunuh diri. (erk... sampai sini lupa sat skrip dier..)
Abg Kus: Mengikut undang2 Islam, lelaki boleh kawin sampai 4, Tinah! Yg ni baru 2... yg ke-3 & ke-4 akan dtg, Tinah! ... entah coming soon ka... entah next change ka... Tinah... Tinaahh...
Tinah: Ooo... kalau bab kawin nak ikut undang2 Islam... kenapa kalau sembahyang & puasa taknak ikut undang2 Islam??!!

kadarisman: kenape kau tak masak sayur asam campur belacan!!!sekarang aku akan pancung kau..
sudin: ni ape plak pasal sayur asam pon nak mancung2 plak?
ahmad nisfu: shhhhhh..
sudin:appa syuhhh...ngko sememangnya lelaki durjana..sanggup menggunakan kekerasan keatas wanita...baik kau mintak maap cepat..kalau tak lebammm bijik mata kau..
kadarisman: ape ni gile ke?
sudin: hah?sanggup kau mengatakan aku gile!!..amik kau.."dussyum"
ahmad nisfu: cut cut!!!
...
selepas dilerai oleh p.ramlee..
ramlee: diorang tu syuting cerita..
sudin: nak buat cerita, buat la cerita ikan belaga ke..kumbang terbang ke..


Mat Tahir tak kenal? Mat Tahir ...... kepala kemik

Manager Kemat Hassan : Kamu sekolah pass darjah berapa?
Ramlee : Sekolah melayu pass sampai darjah 2 encik. Skolah orang putih pass sampai darjah 5 suku.
Manager Kemat Hassan : Eh,kenapa pulak ada suku-suku nyer tu?
Ramlee : Sebab 3 bulan saya masuk belajar, jepun attack malaya encik.

Manager Kemat Hassan : Ooo..kamu?
Sudin : Ooohh, saya atas lagi dari dia encik.
Manager Kemat Hassan : Senior Cambridge?
Sudin : Er,blablabla bridge encik. Atas lagi!

Manager Kemat Hassan : Atas yang macamana tu?
Sudin : Atas pokok. Sebab dulu saya selalu panjat pokok.
Manager Kemat Hassan : Ooo,kamu pulak?
Ajis : saya bawah lagi dari dia encik.
Manager Kemat Hassan : Bawah kolong?
Ajis : Bukan. Bawah tanah encik.
Manager Kemat Hassan : Hah,bawah tanah??
Ajis : Iyerr, sebab dulu-dulu saya selalu tolong bapak saya...gali lubang kuboor

Sarjen: Bos boleh pinjam buah ..... dadulaah!
Ketua: Cakap biar teghang..............

oi unta baghadad...........

niat ngenson.. motokaji semar ngiseng
BM = niat nak masuk toilet, jgn lupa baca doa

rampong yiseng.. smartilem
BM= lepas berak jangan lupa siram

Alif, yeee, miiim = buaye!

Jim = mambang tanah
haa = jin mata buta
kho = jin pakai toncit
OH INI SAYA TAU INI HURUP INI- HURUP M!

mak cik mak cik ... sapa yg tinggal belakang umah makcik yg janggut putih .. eh janggut itam ..
ooo .. pak musa. dia sudah meninggal sekarang ..
iye ..? innalillah ...
kesian ... hummm ....
eh makcik makcik ... sapa yg tua tua yg tinggal depan rumah makcik tu?
depan rumah makcik laut! takde sapa yg duduk!

aziz: cik ramli ..(terus tukar nada lembut) ... cik ramli ... bangun sayang ..!
ramli: mmmuah!
aziz: hoi ..
ramli: ni hapa kacau aku tidor aku tgh mimpi cium tuanrumah ni ..
aziz: tuan rumah? eh ramli, pipi yg berkarat ni kau cium!

Ayuuuuuuuuu ..... !

JOLOK MOTOSIKAL YA BANG!

TAIK PUNYA PASAL PUN MAU GADO KA,PEGI CUCI ILANG LA

KALAU LU TAK MAU INI,WA BOLEH SIMPAN BIKIN PUSAKA

ITU LUBANG KUBUR!TEMPAT KAU NAK MAMPOS

sudin : besar tu tak la besar sgt...panjangnya 7 kaki, lebarnya 3 kali dan dalam...
aziz menyampuk : eh! ada dlm ye...
sudin : ah! dlmnya 7 kaki.........(sudin dah mula ketawa sambil meniarap)
aziz : itu kuburrr..... tampat kau nak mampus!

Dua posennnnnn .. !

licin..licin...macam kepala bapak mertua aku...

hello..abdul wahubb...abdul wahub...hello abdul wahub.....hellloooooooooo

yg itu tukang masak
yg itu tukang cuci
yg ini tukang pegi pasar
yg itu tukang kebun
dan yg tua ni, ialah pencacai tua pengangkat najis.. hehe .. jgn marah ayahanda nanti kena jual.

bapak marah?
eh tidak..dancingla sampai pagi....

itula suruh kawen takmau,sekarang sapa yang mau masak ayam tu..
Pakcik jangan pandang kami takda mata,kami semua ade diploma dalam masak memasak..
diploma tu haper?
Ijazah...
Ramli dapat diloma masa perang Jepun,Sudin masa ...bla bla bla ....
dan kamu?
Sarip Jail...

Suka hati kaulah Labu.............

...dia banyak degil enciik... dia punya kepala batu besar ada duduuk.....

kami bertiga mintak maap cik,....
kami bertiga minta kopi.....
ahhhh..... kopi nanti buat yer nak....

erni, angkat kain hujan.... jemuran dah turun....

"ehemm..labu..panggilkan bapak aku, ada org dtg nak mintak derma"
"bapak ko kan dah mampos"

Jebon tu saper ha...
Jebon tur nenek kau...
Eh eh nenek aku bukan Jebon...
Nenek aku Che Embun...
Atuk kau...
Atuk aku JAMES BOOND...

kenapa dengan motosikal sedara?Saya ni ada pandai bikin jugak.Mari saya tengok.
tidak..motosikal ni..bunyinya bombombom...saya nak kasik pelan sikit...
oooo...bunyiknya bombombom?nak kasik pelan sikit?Nak bagi tak bunyi langsung pon boleh....
ini wayarnya sambung sini.tak boleh ni...cabut sini...sambung sini baru die keluar api.ni longgarkan sikit..
tingting....(bunyi ketuk ekzos)
oooo..die pakai ekzos besi rupanya...nape tak ditukarkan dengan ekzos buluh saje..
pegang ni sedara(sambil bagi spana)
"pummm"
(motosikal hilang...Rafi tercarik-carik)
sedara....(sambil tunjuk motosikal atas bumbung)

Pramlee:
Betapa senang beta punya hati....
Beta lah yg digelar SETAN Aminur rasitt..
A.nisfu:
CUT!!!!, bukan setan la syaitan... Sultan!

tuan penasihat...?
25%....
hi hi hi hi..

sabun.... di bilik mandi....... sabun.... di bilik mandi.... sabun.... di bilik mandi

org istana: hey belalang, mana bapak kau...
belalang: bapak pegi makan kenduri pakcik...
org istana: kenduri apa pagi2 ni... sudah, kau jgn nak auta sama kami...

p.ramlee:jikalau sekiranya saya membayar dua kali ganda, AMPAT ribu pound tuan stuju atau tidak?
Husin lempoyang: Ampat ribu pound? WOW!!!!! ana stuju!

Bai Jaga:lu punya nasib lu makan,dia punya nasib dia makan,apa salah kita makan sama2

Aziz: Kau siapa?
P.Ramlee:Aku King..!
Aziz: King apa..?
P.Ramlee: King Kong!!!
Sudin: King Kong kepala hotak kau, aku tengah hapal skrip ni..!!!
P.Ramlee: Hei..! Siapa Kau?
Aziz: Akulah keturunan raja..!
P.Ramlee: Raja mana..?
Aziz: Raja Kapoor..
P.Ramlee: Hei Raja Kapoor, kenapakah muka kau macam tepung gomak?
Aziz: Hei ape daa gomak...

Ketawa besar ayahanda..? Untung meniaga..?

Tajuk Lagunya: Perempuan gila anak saudagar penipu.

Aziz: Oo ini syair ni, Biar aku baca..
Sudin: Ok, kau baca kitorang nak dengar..
Aziz: Al-kisah....Alkisah maka tersebutlah kisah..Sang Kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yg maha mulia sultan Firaun..
P.Ramlee: Mana firaun pakai sultan..
Aziz: entahh...
P.Ramlee: Biar aku plak baca..Ish..Tulisan dia...Jauh sangat la..
Sudin: Dekatkan lah..
P.Ramle: Ish..tulisan dia kecik sangat la, aku tak nampak..
Sudin: Sudahlah! Tak tau baca, cakap tak nampak la, ape la..bak sini aku baca..! Dua-dua buta huruf..!
Sekali dia tulish arabb daa..
P.Ramlee: Arab pun arab la, baca sepat kitorang nak dengar.
Sudin: Aku baca yaa..Wal fadang fasirun, Tak ada dil fokok kayu wil..fanas utarik kuk..!
P.Ramlee:Ei ape da kuk?
Sudin: Ei padang pasir tak ada pokok panas terik la....
oooooooooooo
Wal kurma'..!
P.Ramlee: Ei apa dah kurma?
sudin: Ko tau baca ya?
P.Ramlee: Tadi tu bunyi macam kurma?
Sudin: Wal kurma nak bukak puasu wuu, sudah kehabisannullazi..
Aziz: Apa makna tu?
Sudin: Buah kurma nak bikin bukak puasa sudah kehabisan..
Aziz & P.Ramlee: Ooo..Sambung..sambung
Sudin: Ku pandang kiri kanu nil..ku nampak, wal sakhi bakhi,..tumfuk-tumfuk..Taik unta..!
P.Ramlee: Ei..ape dah taik unta..!!

Nasib baik engkau Panas..
Kalau tidak,dengan engkau pun aku Kebas..
-Ali Baba Bujang Lapuk.

Ali Baba dlm gua ketika nak pakai helmet:Untuk mempertahankan diri

Sarimah:malam ni giliran ...(lupa nama), malam esok giliran ...(lupa nama),malam lusa giliran ...(lupa nama).begitulah seterusnya,sampailah abang JAMIL MAMPUUSS!

Ini boleh mendatangkan marah!

Yaa .. mmg kami marah! Tua Kutuk, tak sadar diri! Nak mampus!

Ingat nama ini ... sulaiman Akhlaken.

"he he he .... Ai? Harta Ismet di luar negeri!
Pakistan.., Afghanistan.., Tarkistan.., Hindustan, GoHead Gostan, Negeri mana tu?"
"Dekat2 dengan negeri Setan."
"Negeri Setan pun Ismet ada harta!
Konggostan..., Titistan..., Popostan.., Tanjung Rambutan! hah .. kaya kaya kaya .. ha ha ha .. !"

"slamat pulang tuan abdul wahub"
"terima kaseh tuan kasem pentelon, maaf, patalon"

"silakan duduk adindaku ghasidah"
"tak boleh kanda, di dalam rumah ini ada undang2, kalau suami makan, isteri mesti menjadi pelayan"
"Pelayan? haa ini undang-undang sangat baik, ini mengurangkan queen control .. haa silakan duduk ayahanda"

"oh ayahanda x boleh duduk. Kalau menantu makan, ayahanda mesti jadi hakim"
"hakim? ini undang-undang juga baik, sebab, bapak mertua msti hormat sama menantu.
Bapak mertua sudah tua, x lama lagi dia akan mati, dan menantu yg akan jaga rumah ini. he he he he"

"aaahh .. dlm rumah ini semua orang x makan, ambil bau saja"
"Ambil bau? ini undang-undang sangat bijak, undang2 ini dinamakan, ekonomi"
".. ah sudah kenyang. badan anakanda sudah letih .. selamat malam"

"Kanda, menurut undang2 dalam rumah ini, suami x boleh tidur bersama isteri, suami mesti tidur di kandang kuda"
"haa .. inilah undang2 terbesar sekali dalam segala undang2. Undang-undang ini dinamakan, Famili Planning."




oi orang sebelah! yang hang terjolok terjuntei ...masam2 manis.






Ramli: Yang sebenarnya tahi lembu itu jatuh atas bahu beta…..
Beta ketis kena muka tuan director ahmad nisfu…..

Sudin: Ha .... Itu tanda tuan director ahmad nisfu nak mampus…..!

Ahmad nisfu: Kenapa? Kenapa aku? Aku tak da kena mengena dalam ini gambarrrr…..aaaaaaarrgghhh (twe wew wew wew - sound effect dia pengsan ...)

Tuan director! tuan director…..!



Brendi = Bendi
Fayafa = papaya
Pelatok = petola
Pistol = posto


Monday, January 1, 1973

Piala Malaysia 1963

^data klasik!
*gambar di kanan: Ghani Minhat menjulang Piala smbil dijulang pasukan.



*Setiap kemenangan = 2 mata.