Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Thursday, January 23, 2020

WAWASAN 2020

Diasaskan pada tahun 1991 oleh (Tun) Dr Mahathir, pada 29 tahun yang lalu.

MALAYSIA 2020 sekarang apa yang telah berlaku?


PARTI POLITIK: 

BN kalah pertamakali dalam Parlimen PRU 2018 (yang ke-14) sejak PRU pertama 1955.

Pakatan Harapan (PH) menguasai Parlimen dengan gabungan parti utama: Bersatu, DAP, PKR, Amanah serta parti Sabah: (Warisan, UPKO, MAP).

Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri (kali kedua) dan yang paling tua di dunia setakat ni berumur 95 tahun (2020) dilantik semasa berumur 93 tahun (2018).

Sekaligus menyingkirkan DS Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri ke-6 sejak tahun 2009. Kini DS Najib melepaskan jawatan Pengerusi BN & Presiden UMNO pada tahun 2018 selepas kekalahan BN dan memegang jawatan Ahli Parlimen Pekan sahaja.

Presiden UMNO (2018 sehingga kini) yang dipilih adalah DS Ahmad Zahid Hamidi.


Juga hampir semua negeri BN sebelum ini jatuh kepada PH. Sebelum PRU 2018 berikut adalah negeri-negeri di bawah parti.

a) Pulau Pinang (DAP sejak 2008).
b) Selangor (PKR sejak 2008).
c) Kelantan (PAS sejak 1990).
d) Terengganu (PAS pada PRU 2004-2008, dan 2018-kini).

e) Sekarang negeri BN hanyalah Pahang sahaja (2018-kini).
f) Sarawak yang asalnya BN telah menjadi bebas menjadi parti gabungan GPS (2018).


PAS telah keluar daripada Pakatan Rakyat sejak 2015 - menjadi bebas & membentuk Gagasan Sejahtera.

Terkini sejak September 2019 - PAS telah bekerjasama dengan BN untuk membentuk Piagam Muafakat Nasional yang menyaksikan PAS menyokong BN dalam semua PRK, hasilnya BN menyapu bersih 5 kerusi (mengekalkan 2 Parlimen, merampas 1 Parlimen & 1 DUN, & kekalkan 1 DUN setakat Januari 2020).