1) 10 ribu anggota keselamatan yang mengawal venue finale kedua ini, 3 kali ganda lebih ramai daripada final World Cup 2010 itu hari .. mungkin paling ramai dalam satu perlawanan bolasepak di dunia.
2) Para pemain & pegawai Malaysia dibawa masuk ke stadium menaiki APC Barakuda Polisi Indonesia, kerana di luar perkarangan stadium beribu-ribu penyokong Indonesia membanjiri tempat itu. Macam nak perang je .. mungkin juga pertamakali dalam satu perlawanan bolasepak di dunia.
3) Penyokong Malaysia dalam beberapa ratus orang saja tidak dapat memasuki stadium walaupun tiket sudah dibeli, lalu menonton di Kedutaaan Malaysia sahaja. Gila sih .. Diberitakan hanya Dua orang penonton awam Malaysia yang masuk bukan secara VIP (mungkin ada belasan/puluhan lagi yang menyamar sebagai orang Indo) ... seorang daripadanya dengan selamba mengibarkan bendera Malaysia apabila skuad Malaysia menjulang piala, lalu hampir diserang penyokong tuanrumah yang terganggu emosi mereka, sebelum diselamatkan oleh pasukan keselamatan..... kemungkinan besar pertamakali dalam satu perlawanan bolasepak di dunia.
4) Mohammad Ridwan (Indonesia) telah menjaringkan gol terakhir pertandingan vs Malaysia, mengulangi satu golnya pada Indo 5-1 Malaysia pada perlawanan pertama, juga dahulu pada 2006: beliau telah terjaringkan gol sendiri untuk Malaysia. (1-1 Indo)
5) Safee Sali berjaya menjaringkan gol dalam kedua-kedua pusingan akhir Piala AFF sejak 2004 = (2+1), Juga penjaring pertama yang skor lebih satu gol dalam satu pusingan finale. Rekod Hatrik dalam finale dipegang Voravut, Thailand. Pemain lain yang juga sama skor 2 kali = Pipat Thonkanya & Agu Casmir & Le Cing Vinh (semuanya 1+1).
6) Safee Sali juga menjadi top skorer edisi 2010 dengan 5 gol. Penjaring terbanyak AFF = Noh Alam Shah Singapura pada edisi 2007 dengan 10 gol. Beliau juga adalah MVP 2007, satu-satunya yang mendapat kedua-kedua anugerah itu serentak.
7) Senarai penjaring perlawanan akhir AFF.
1996 - Kiatisuk Senamuang (Thailand 1-0 Malaysia)
1998 - Sasi Kumar (Singapore 1-0 Vietnam) - Menjadi hos jemputan Astro Supersport AFF 2010.
2000 - Voravut (HATTRICK) & Tanongsak (Thailand 4-1 Indonesia). Nawawi.
2002 - Chukiat Noosalung & Therdsak Chaiman (Thailand 2-2 Indonesia)- Jaris Riyadi & Gendut Christiawan. PENALTI: Kiatisuk Senamuang, Sakda Joemdee, Terdsak Chaiman, Manit Noyvach. (Thailand 4-2 Indonesia)- Bambang Pamungkas & Imran Nahumarury. (Sugiyantoro X masuk kena palang, Firmansyah x tepat langsung)
2004 - Mahyadi Panggabean (Indonesia 1-3 Singapura)- Daniel Bennet & Khairul Amri & Agu Casmir + Indra Sahdan & Agu Casmir (Singapura 2-1 Indonesia)-Ellie Aiboy [penalti]
2007 - Noh Alam Shah & Mustafic Fahrudin [penalti] (Singapura 2-1 Thailand)- Pipat Thonkanya + Pipat Thonkanya (Thailand 1-1 Singapura)- Khairul Amri.
2008 - Ronnachai (Thailand 1-2 Vietnam)-Nguyen Vu Phong & Le Cing Vinh + Lee Cong Vinh (Vietnam 1-1 Thailand)- Teerasil.
2010 - Safee Sali (DOUBLE) & Ashaari Samsudin (Malaysia 3-0 Indonesia) + Muhammad Nasuha & Muhammad Ridhwan (Indonesia 2-1 Malaysia)- Safee Sali.
8) Malaysia juara pertamakali setelah naib juara sekali, sama kes dengan Vietnam tahun lepas, mengatasi Indonesia yang mampu mara 4 kali ke final, dan tewas semuanya. Kasihan .. coba lagi Indo!
9) Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan cuti Umum pada hari Jumaat - 31.12.2010, sebagai meraikan kejayaan Malaysia juara! Kali terakhir cuti umum sempena juara bola = juga Jumaat = 1 September 1989 (emas Bolasepak Sukan SEA) ... Dipercayai hanya sukan Bolasepak sahaja yang mendapat perkenan Perdana Menteri untuk dapat cuti umu ... sukan lain .. ? apply Annual Leave aje laa ...
AFF MVP Team, Top Scorer Team Gol
2010 Firman Utina Indonesia, Safee Sali Malaysia 5
2008 Duong Hong Son Vietnam, Budi Sudarsono (INA) & Agu Cashmir (SIN) & Teerasil Dangda (THA) 4
2007 Noh Alam Shah Singapura, Noh Alam Shah Singapura 10
2004/2005 Lionel Lewis Singapura, Ilham Jaya Kesuma Indonesia 7
2002 Therdsak Chaiman Thailand, Bambang Pamungkas Indonesia 8
2000 Kiatisuk Senamuang Thailand, Gendut Donny Christiawan (INA) & Woorawoot Srimaka (THA) 5
1998 Nguyen Hong Son Vietnam, Myo Hlaing Win Myanmar 4
1996 Zainal Abidin Hassan Malaysia, Netipong Srithong-in Thailand 7
FAKTA MENARIK BOLASEPAK ASIA TENGGARA.
1) Penentuan jaguh bolasepak Asia Tenggara ditentukan melalui Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), bermula 1977, sebelum ini Sukan SEAP (Sukan Asia Pasifik), tidak disertai oleh Indonesia dan Filipina.
2) Oleh itu Indonesia secara rasmi menyertai persaingan sengit merebut pasukan bolasepak terbaik di peringat Asia Tenggara bermula 1977, Vietnam yg menarik diri selepas Sukan SEAP, mula sertai semula pada 1987.
3) Sukan SEA 1977 hingga 1999 - Malaysia menggondol emas 3 kali, manakala Indonesia 2 kali. Bermula 2001, hanya pasukan u23 sahaja yang bertanding Sukan SEA.
4) Piala AFF diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai kejohanan rasmi bolasepak Asia Tenggara, bermakna sejak 1995 hingga 2000 setiap tahun, ada kejohanan antara Skuad Kebangsaan Negara ASEAN.
5) Skuad Kebangsaan Thailand ternyata unggul sebagai pasukan nombor satu Asia Tenggara sejak 1981 hingga 2002. - juara Sukan SEA 1977-1999 sebanyak 7 kali, dan juara AFF 1996-2010: 3 kali.
6) Keunggulan Thailand sebagai jagoan SkuadKebangsaan Asia Tenggara sangat terbukti dengan Sukan SEA + Piala AFF bermula 1995 hingga 2002, Juara setiap tahun kecuali 1998 (Singapura) dan 2001 (sukan SEA under 23) sahaja.
7) Singapura menyaingi Thailand dalam Piala AFF dengan muncul juara 3 kali, namun Skuad Kebangsaan mereka tidak pernah memenangi emas SEA. Juara AFF pun pakai import, boring .. boring .. Dah abes ke bakat tempatan korang?
8) Piala AFF menyaksikan kebangkitan Laos yang berjaya mengikat Thailand (boleh menang tu), dan juga Filipina yang melakar kejutan terbesar ASEAN dengan membenam juara bertahan, Vietnam di laman mereka, setelah perlawanan pertama Vietnam membelasah Myanmar 7-1.
9) Oleh itu ASEAN sekarang ada 8 negara yang sama kuat dan boleh menyaingi sesama sendiri untuk Sukan SEA dan Piala AFF pada masa hadapan: Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos.
FAKTA MENARIK MALAYSIA vs INDONESIA.
1) Malaysia atau Indonesia bakal muncul juara baru AFF. Malaysia hanya naib juara sekali pada 1996, manakala Indonesia gagal juara pada 3 finale berturut-turut: 2000-2002-2004.
2) Malaysia dan Indonesia kali terakhir bertemu final dalam Sukan SEA 1987 - Indonesia menang emas 1-0 di Jakarta.
3) Malaysia pula pernah muncul emas mengatasi Indonesia di Jakarta pada Sukan SEA 1979, jaringan tunggal Supermokh.
4) Finale pertama menemukan Malaysia dan Indonesia (Rekod FIFA): 13-08-1961 - Finale Pestabola Merdeka. Indonesia 2-1 Malaya.
Juga arkib: 09-11-1969 - Finale Pestabola Merdeka, Indonesia 3-2 Malaysia.
Juga arkib: 09-11-1969 - Finale Pestabola Merdeka, Indonesia 3-2 Malaysia.
5) Oleh itu finale Piala AFF Suzuki 2010 ini adalah finale yang ke-5 untuk Malaysia & Indonesia dalam sejarah pertemuan mereka (FIFA 'A' Match).
6) Malaysia mengatasi kesukaran setelah dibelasah teruk, dan bangkit menyingkirkan Naib Juara (Thailand) dan Juara (Vietnam) AFF 2008 sepanjang musim 2010 ini. Menang 2, Seri 2, Kalah 1. Jaringan 8, bolos 6.
7) Indonesia diberi pilihan untuk juara berdasarkan rekod menang 100% sepanjang AFF 2010. (5 menang berturut-turut). Jaringan 15, bolos 2.
8) Kali terakhir pertemuan di Malaysia (Stadium Shah Alam): 23-8-2006. Malaysia 1-1 Indonesia (Pestabola Merdeka).
9) Kali terakhir pertemuan di Stadium Bukit Jalil: 03-01-2004. Malaysia 1-4 Indonesia (setelah Malaysia mendahului selesa dengan aggregat 3-1 selepas half-time, kena 4 gol sekaligus pada separuh masa kedua, kalah aggregat 3-5).
10) Malaysia ingin sekali membalas dendam pertemuan pertama dibuli 1-5 Indonesia (01.12.2010) - mampukah mereka menahan gelombang MerahPutih di GeloraBungKarno nanti (29.12.2010)?
Group A Matches.
1) Perlawanan A FIFA, hanya mencatatkan 8 pertemuan sahaja Malaysia vs Vietnam, pertemuan pertama di Sukan SEA, Manila 1991.