Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Thursday, January 23, 2020

WAWASAN 2020

Diasaskan pada tahun 1991 oleh (Tun) Dr Mahathir, pada 29 tahun yang lalu.

MALAYSIA 2020 sekarang apa yang telah berlaku?


PARTI POLITIK: 

BN kalah pertamakali dalam Parlimen PRU 2018 (yang ke-14) sejak PRU pertama 1955.

Pakatan Harapan (PH) menguasai Parlimen dengan gabungan parti utama: Bersatu, DAP, PKR, Amanah serta parti Sabah: (Warisan, UPKO, MAP).

Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri (kali kedua) dan yang paling tua di dunia setakat ni berumur 95 tahun (2020) dilantik semasa berumur 93 tahun (2018).

Sekaligus menyingkirkan DS Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri ke-6 sejak tahun 2009. Kini DS Najib melepaskan jawatan Pengerusi BN & Presiden UMNO pada tahun 2018 selepas kekalahan BN dan memegang jawatan Ahli Parlimen Pekan sahaja.

Presiden UMNO (2018 sehingga kini) yang dipilih adalah DS Ahmad Zahid Hamidi.


Juga hampir semua negeri BN sebelum ini jatuh kepada PH. Sebelum PRU 2018 berikut adalah negeri-negeri di bawah parti.

a) Pulau Pinang (DAP sejak 2008).
b) Selangor (PKR sejak 2008).
c) Kelantan (PAS sejak 1990).
d) Terengganu (PAS pada PRU 2004-2008, dan 2018-kini).

e) Sekarang negeri BN hanyalah Pahang sahaja (2018-kini).
f) Sarawak yang asalnya BN telah menjadi bebas menjadi parti gabungan GPS (2018).


PAS telah keluar daripada Pakatan Rakyat sejak 2015 - menjadi bebas & membentuk Gagasan Sejahtera.

Terkini sejak September 2019 - PAS telah bekerjasama dengan BN untuk membentuk Piagam Muafakat Nasional yang menyaksikan PAS menyokong BN dalam semua PRK, hasilnya BN menyapu bersih 5 kerusi (mengekalkan 2 Parlimen, merampas 1 Parlimen & 1 DUN, & kekalkan 1 DUN setakat Januari 2020).


Monday, September 26, 2011

Penentuan Raja Lembah Klang - Selangor vs Kuala Lumpur

 
Pertemuan panas jagoan Lembah Klang - SELANGOR vs KUALA LUMPUR
-  27 Sept 2011, Selasa, 8:45pm - Stadium Shah Alam.

 Dianggap sebagai 'Perlawanan Akhir' Lembah Klang.

Selepas T-Team, kumpulan D: siapa akan ke Suku Akhir PialaMalaysia 2011 - mungkin vs PERAK.
(Jikalau pula TTeam seri/kalah mengejut dgn Polis nanti: Kedah / Sabah menanti KL)
Jika Selangor menang - Selangor akan layak - Perak menanti.
Jika SERI atau KL menang - KualaLumpur akan layak - Perak / Sabah / Kedah menanti...

KUALA LUMPUR
- 3 Piala Malaysia (kali terakhir 1989)
- 2 Liga Utama (kali terakhir 1988)
- 3 Piala FA (kali terakhir 1999)
- 3 Sumbangsih (kali terakhir 2000) - Piala terakhir KL.

PRESTASI SEMASA.
24.9.11 - PDRM 1-4 Selangor, TTeam 1-1 KL.
17.9.11 - Selangor 1-2 TTeam, KL 0-0 PDRM.
13.9.11 - KL 0-0 Selangor.
10.9.11 - Selangor 2-0 PDRM, KL 2-1 TTeam.
06.9.11 - TTeam 1-0 Selangor, PDRM 0-3 KL.

Rekod sejak 1991.
29: SELANGOR MENANG.
10: SERI.
09: KUALA LUMPUR MENANG.
96: SKOR SELANGOR:
55: SKOR KUALA LUMPUR:
+41: SELANGOR BEZA GOL DENGAN KL.

SERI & Pertemuan terakhir: 13 Sept 2011, PM Round 1, Selayang: KL 0-0 Selangor.
SELANGOR menang kali terakhir: 3 Mei 2011, Super Round 2, Cheras: KL 1-3 Selangor.
KL menang kali terakhir: 21 Apr 2007, PM Round 2, Cheras: KL 3-1 Selangor.

Selangor dan KualaLumpur 2 kali bertemu untuk perebutan PialaSumbangsih.
- 1990. Selangor 1-1(Penalti 3-0) KL.
- 1987. Selangor 1-0 KL.

Belum pernah bertemu di mana-mana pentas finale PM / FA. Paling kuat pun pada SeparuhAkhir saja:-
- 25 Sept 1991, Cheras - Piala FA Semi 2: KL 2-4 Selangor. (Selangor layak ke final FA dengan aggregat 8-3)
- 18 Sept 1991, Merdeka- Piala FA Semi 1: Selangor 4-1 KL.

- 28 Okt 1988, Merdeka - PM Semi 2: KL 4-2 Selangor. (KL layak ke final PM dengan aggregat 5-4)
- 25 Okt 1988, Merdeka - PM Semi 1: Selangor 2-1 KL.

-klik rajah gambar di bawah untuk membaca catatan (Remarks)-
-klik rajah gambar di atas untuk membaca catatan (Remarks)-


Perlawanan Arkib yang diketahui sebelum 1991.
.Sat, 23-6-1990: Stadium Merdeka: SemiPro Div 1, Pusingan 1: Selangor menang 1-0 KL. (rujuk gambar di bawah)
.1987 & 1990: Sumbangsih (rujuk info di atas).
.1988: Semi Final PM (rujuk info di atas).



ARKIB FOTO - Selangor & Kuala Lumpur.


 KL Skuad - 1988 - pre-season training @Holanda ..


 1988 - Shebby: KL Kapten.. Final PM vs Kedah.




 
1990 - Liga Semi Pro.





1990





2001 - Yusri Che Lah vs Ramachandran KL.




2001 - Yaakob Iris KL vs Nizam Jamil.





SELINGAN:-

"Aku datang dari desa
hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta
dan sanak-saudara
Setiba dikotaraya
... kugiat berkerja
berlumba-lumba mengejarkan
apa yang dicita

Meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah
mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa
Agar penghidupan
lebih maju bermakna
cuba membela nasib agama, bangsa, negara

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, menyinari hidupku.. Kota yang penuh dengan cabaran..
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, menyinari hidupku.. Kota yang penuh dengan harapan..

Simiskin dan sikaya semua tiada dibeza
dikotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
Oh bertapa aku terharu dan sungguh berbangga"


-Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur - Malek Ridzuan.



 

Sunday, August 21, 2011

Piala Malaysia 2011 (Edisi ke-85)



Nota - Sudah lama belog ini tidak dikemaskinikan kerana FB semakin menguasai dunia penulisan alam maya sekarang .. apapun tulis tetap tulis. Jadi tulisan yang sesuai - bola tempatan je lah. Nak tulis bab-bab ugama, dah ramai para ustaz.. Pasal peribadi - takdak citer menarek... Politik? Lagi lah bersepah-sepah, penuh dgn umpatan (kalau citer tu benar) & fitnah (kalau citer tu tipu).. jadi sama je dosa. Bola pun ramai juga org tulis, tapi wa punya banyak gambar & fakta je lah, ye lah nak tungga FAM bagi fakta, letih depa nak carik fail -fail kat wisma depa tuh .. berjanggut nak tunggu. Wa buat je lah sendiri punya la senang .. Jadi nanti sebelum sibuk nak raya, gua tulis dulu intro PM tahun ini yang mana perlawanan pertamanya akan bermula lebih kurang 16 hari saja lagi dari sekarang 21 Ogostus ...


KUMPULAN A : KEDAH - PERAK - SABAH - JOHOR
KUMPULAN B : TERENGGANU - NEGERI SEMBILAN - PKNS - SIME DARBY
KUMPULAN C : KELANTAN - JOHOR FC - FELDA UNITED - SARAWAK
KUMPULAN D : SELANGOR - T-TEAM - KUALA LUMPUR - PDRM

Pertandingan bermula 6 September hingga 29 Oktober.
*Jadual Piala Malaysia 2011
-> Pusingan 1 -> 6 , 10 & 13 September
-> Pusingan 2 ->17 , 24 & 27 September


suku Akhir -

A1 vs D2
B1 vs C2
C1 vs B2
D1 vs A2

-> Jadual Suku Akhir -> 4 & 8 Oktober
1st leg = 2 vs 1.
2nd leg = 1 vs 2.



separuh akhir:-
A1D2 (teamA1) vs (teamA2) C1B2
B1C2 (teamB1) vs (teamB2) D1A2

-> Jadual Separuh Akhir -> 14 & 22 Oktober.
1st leg = team1 vs team2.
2nd leg = t2 vs t1.


-> FINAL PM 2011 ->
A1D2C1B2 vs B1C2D1A2
29 Oktober 2011 - Stadium Bukit Jalil.


-pasukan pilihan di suku akhir:-
Kedah vs TTeam.
Terengganu vs JohorFC.
Kelantan vs NegeriSembilan.
Selangor vs Perak.

-pasukan pilihan Separuh Akhir-
KEDAH vs KELANTAN
SELANGOR vs TERENGGANU



[ Rekod-rekod lama Piala Malaysia ]





Menjelang Piala Malaysia 2011 -
Piala paling berprestij dan tertua di Asia, dimulakan pada tahun 1921,
dengan Singapura muncul juara piala pertama mengatasi Selangor dengan 2-1 di Padang Kelab Selangor (Padang Dataran Merdeka), Kuala Lumpur.
Sejak tahun itu, pertandingan terus diadakan setiap tahun sehingga tahun 2011 (kecuali 1942-1947, WWII).
Selangor muncul kuasa utama PM dengan 32 kali kejuaraan, mengatasi Singapura (1921-1994) yang juara 24 kali.
Perak mengikuti rapat dengan 7 kali, dan seterusnya: Penang & Kedah: 4, KualaLumpur: 3,
Pahang & NegeriSembilan & Perlis & Johor: 2, Terengganu & Kelantan & MPPJ & Brunei: 1.
Sabah & ATM & Sarawak hanya merasai suasana final sahaja.

Tahun 2011 - Piala Malaysia yang ke-85, ENAM BELAS pasukan bertanding ingin mencatat rekod peribadi PM seperti berikut:-

-8 pasukan bertanding yg belum pernah juara, ingin muncul menjulangnya pertamakali:
(1)JohorFC & (2)TTeam & (3)FeldaUnited & (4)PKNS & (5)Sabah & (6)Sarawak & (7)PDRM & (8)SimeDarby.

-Juara bertahan: (9)Kelantan yang juga pasukan ke-14 juara PM, dan juga juara Sumbangsih2011 & LigaSuper2011 ingin menggapai piala ke-3 2011.

-(10)Terengganu juara FA 2011, dan PKNS juara Perdana 2011, ingin mencari piala kedua tahun ini.

-Finalis tahun lepas: (11)NegeriSembilan, ingin membalas dendam kekalahan tahun lepas.

-(12)Perak yang menjadi pasukan Malaysia kedua terbaik sejarah PM, ingin mengejar Singapura & Selangor untuk mencari PM yang ke-8.

-(13)Kedah mencari-cari rentak juara setelah kali terakhir mencatat sejarah 6 piala dalam 2 tahun berturut-turut (2007-2008).

-(14)KualaLumpur mahu mengulangi zaman gemilang mereka Hatrik PM (1987-1988-1989).

-(15)Johor mahu kembali disegani setelah kali terakhir juara double 20 tahun yang lampau (juara Liga1 & PM 1991).

-Dan sudah pasti, juara 32 kali: (16)Selangor, ingin mencari yang ke-33 untuk mengukuhkan lagi gelaran Gergasi bola Malaysia.

 

Wednesday, July 13, 2011

Wednesday, July 6, 2011

Sebab kenapa Selangor mengharapkan ehsan Sabah malam ini ..

Jadi ini adalah kesimpulan saya sebab musabab kenapa Selangor terpaksa mengharapkan ehsan Sabah pada 6 Julai ni.

Kerana Selangor telah terlepaskan tahta ketika tumpas pada perlawanan ke-20 (19-May), 21 (22-May), 22 (25-May).
Ketika itu ...Selangor baru saja dibelasah Kelantan pada FA semi1 (13-May) dan semi2 (16-May).

Kesimpulan untuk games 13-May sehingga 25-May:
= Dalam masa 13 hari itu, Selangor bermain 5 perlawanan, setiap satu selepas 2 hari rehat.
= 5 perlawanan itu, Selangor kalah 4, dan seri 1.
= Pemain Selangor MUNGKIN mengalami masalah kecederaan / keletihan / morale down (dan lain-lain) sehingga gagal fokus untuk mengutip mata.
= Coach Devan juga dianggap gagal oleh kebanyakan penyokong Selangor untuk membariskan pemain simpanan yang sering berehat di bangku.
= Kenapa coach? itu kena tanya beliau lah, pada anggapan peribadi saya, beliau tidak ada banyak pilihan lagi kerana barisan simpanan tidak setaraf/setanding dengan barisan utama yang sedang cedera.

SEKIAN PUNCA KENAPA SELANGOR KENA HARAP SABAH MENANG .. kesian tak? TAPI SELANGOR KENA MENANG DULU DENGAN PERAK DI IPOH, BARU BOLEH CERITA TENTANG SABAH... lagi KESIAN!








REKOD LENGKAP TOP 3 Super 2011 :-