Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Sunday, May 29, 2011

Pantai Timur ungguli Super 11 manakala Sang Gergasi mengintai-ngintai saja ..

- klik gambar di atas untuk diperbesaq ..

Fakta menarik.

1) Akhirnya Liga Super berehat lama sedikit (lebih kurang 8 hari), setelah hampir semua pasukan melalui jadual yang ketat gila. Terengganu, Kelantan, Selangor & Pahang telah bermain 18 perlawanan berturut-turut sejak April hingga May, manakalah yang lain-lain 16 perlawanan. Menariknya 11-Jun, Terengganu akan berentap dengan Kelantan untuk merebut Piala FA. 3 hari selepas itu (14-Jun), siapa yang juara belum lagi dapat merayakan kejuaraan FA 2011 apabila fokus kepada Super pula. Tamat je game super itu, baru boleh celebrate sekejap, namun semua player kebangsaan kena sambung khidmat negara pula .. larat ke? Selepas kira-kira 20 hari, barulah perlawanan Super terakhir berlangsung, dan detik penentuan Super ditentukan pada masa itu (6-Julai) ...

2) Ganu & Kelate bertembung sesama sendiri, 6-Jun ini di KualaTerengganu. Jadi pemenang bakal muncul juara jika menang lagi baki 2 perlawanan. (beza 3 mata). Terengganu menjadi pilihan untuk menang kerana bermain di laman sendiri.

3) Jikalau Ganu seri vs Kelate & Selangor menang, maka ketiga-tiga top 3 Super terikat mata yang sama lagi, dan urutannya - 1) Kelate, 2) Ganu, 3) Selangor. Manakala Perak & Kedah & HarimauMuda akan gagal memotong 3 pasukan ini ..

4) Peluang Kelantan muncul juara (pencapaian minimum):-
-Seri vs Ganu. [ katakan Selangor menang ]
-Menang 1-0 Perak. [ katakan Ganu & Selangor menang ]
-Menang 1-0 Sabah. [ katakan Ganu & Selangor menang ]


5) Peluang Terengganu (pencapaian minimum):-
-Menang 1-0 Kelate. [ katakan Selangor menang ]
-Menang 1-0 TTeam. [ katakan Kelate & Selangor menang ]
-Menang 1-0 Felda. [ katakan Kelate & Selangor menang ]

6) Peluang Selangor (pencapain minumum dan ihsan kekalahan Ganu/Kelate).
-Menang 1-0 Perlis, [apa juga keputusan Ganu v Kelate]
-Menang 1-0 Felda [ katakan Kelate & Ganu menang ]
-Menang 1-0 Perak :-
(1) jika Kelate seri vs Ganu itu hari- [ Sabah mesti seri vs Kelate, DAN Felda mesti seri vs Ganu.]
(2) jika Kelate/Ganu menang game mereka, [ Sabah mesti menang vs Kelate / Felda mesti menang vs Ganu. ]

7) Pilihan aku untuk juara: Terengganu - kalau dia menang la semua baki games.

8) Terengganu & Kelantan memburu piala Liga Super, seterusnya Liga Utama Bolasepak Malaysia pertama untuk mereka sejak diperkenalkan 1982. Prestasi terbaik mereka adalah NaibJuara sahaja - Ganu (2001), Kelate (2010).

9) Super tahun ini memang sangat sengit tidak seperti 2009 & 2010, di mana Selangor sudah juara tatkala berbaki 1 perlawanan lagi.

10) 6 Rekod Selangor juara: 1984 (PialaLiga), 1989 & 1990 (SemiPro1), 2000 (LigaPerdana1), 2009 & 2010 (Super).









No comments: